Apakah Ilmu Pengubatan Islam?

Ilmu Pengubatan Islam adalah salah satu ikhtiar atau usaha untuk menyembuhkan penyakit menggunakan cara khusus berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah serta ijtihad As-Salafussoleh (ulama muktabar terdahulu).
Maksud ikhtiar ialah usaha untuk mencari dan membantu merawat penyakit yang dihadapi sama ada berbentuk jasmani atau rohani.
Sebenarnya ikhtiar bersifat luas dan bukan hanya semata-mata ditujukan untuk merawat manusia sahaja, malah turut meliputi haiwan, bangunan, rumah kediaman, tumbuhan, sekolah, jalanraya, jambatan dan sebagainya.
Ini bermakna penyakit yang dihadapi oleh manusia dapat dirawat sama ada ianya penyakit berbentuk jasmani seperti demam, barah, kencing manis, lumpuh atau pun penyakit rohani seperti gangguan makhluk halus dan sebagainya.
Sebahagian penyakit berbentuk jasmani boleh dirujuk kepada hospital untuk rawatan, tetapi bagi penyakit rohani, lazimnya tiada rawatan yang disediakan di sebarang hospital atau klinik. Oleh itu, penggunaan ayat Al-Quran dan doa sahaja yang mampu menyembuhkan penyakit tersebut dan ia hanya boleh didapati dalam Pengubatan Islam seperti rawatan gangguan makhluk halus yang banyak dirujuk kepada rawatan ini.
Selain daripada manusia, gangguan makhluk halus juga berlaku seperti di rumah kediaman, kedai, sekolah, pejabat, jalanraya dan pada kenderaan. Gangguan ini selalunya menyebabkan penghuni berasa tidak selesa, selalu dibayangi makhluk atau lembaga yang menakutkan sehingga menimbulkan rasa gerun, kedengaran bunyi hentakan atau ketukan pada waktu malam dan sebagainya. Rawatan Pengubatan Islam adalah ikhtiar untuk memulihkan kembali kepada keadaan asal.
Antara tanda-tanda wujudnya makhluk halus di sesuatu kawasan ialah seseorang sukar untuk tidur, suhu badan lebih panas atau sejuk daripada kebiasaan, berasa rimas, anak kecil kerap menangis dan berasa takut sewaktu ingin kembali ke tempat itu.
Sumber rujukan utama Pengubatan Islam diambil daripada Al-Quran, As-Sunnah dan pengalaman As-Salafussoleh yang terdiri daripada As-Salaf dan Al-Khalaf. (As-Salaf terdiri daripada ulama tiga kurun awal iaitu sahabat Rasulullah S.A. W, tabi’in dan atba’ tabi’in manakala Al-Khalaf adalah ulama yang hidup sesudah tiga abad pertama hijrah)
Anda berhajat untuk mendapatkan khidmat nasihat rawatan perubatan dan pengubatan Islam?
Info lanjut sila hubungi/whatsapp 011-12762166 atau layari laman web www.darulamin2u.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1
Sila KLIK Logo Di Bawah Untuk Sebarang Pertanyaan & Maklumat Lanjut Berkaitan Produk Kasturi Bidara.
Powered by