Ilmu Seri Muka atau Seri Wajah

Ilmu Seri Muka atau Seri Wajah

Ramai orang perempuan dan lelaki yang mencari dan menggunakan ilmu ini secara sengaja atau tidak sengaja. Untuk pengetahuan pembaca semua, ilmu seri muka adalah ilmu bathil atau ilmu sihir walaupun menggunakan doa ataupun ayat surah yusuf.

Apakah kesan ilmu ini kepada pengamalnya?

1. Pengamalnya akan kelihatan menarik dan mempunyai persona. Mungkin tak berapa nak kacak atau cantik tetapi dengan ilmu ini, orang berkenaan akan mempunyai semacam aura atau persona atau sesuatu yang menarik yang tak dapat digambarkan melalui perkataan biasa.

2. Pengamal ilmu ini kebiasaanya akan mudah terkena ilmu pengasih orang lain.

3. Sukar nak buat ibadah, jika buat sukar nak khusyuk.

4. Disebabkan ilmu ini sihir, amat besar mungkinan amalan dan ibadah tertolak begitu sahaja disebabkan syirik.

5. Ilmu ini akan menyebabkan orang disekeliling akan tertarik untuk berbuat jahat dan mengambil kesempatan terutamanya wanita.

.
Apakah punca mendapat ilmu ini?

1. Mengambil khidmat mak andam yang mempunyai ilmu seri muka terutama untuk tujuan bersanding.

2. Menggunakan minyak seri muka yang banyak dijual dipasaran kebanyakkkan menggunakan limau kasturi dan bacaan surah yusuf. Diletakkan dikawasan muka dan kening.

3. Mengamalkan ilmu cermin muka. Bacaan mantera ataupun bacaan dari surah al-yusuf sambil berniat menyerikan muka.

4. Menanam susuk ayat atau susuk logam untuk tujuan seri muka.

5. Mandian ayat alquran atau mantera yang dibuat untuk menaikkan seri wajah dan untuk kelihatan cantik mostly untuk perempuan yang baru mahu berkahwin.

6. Diwarisi daripada generasi yang diatas didalam bentuk saka.

7. Amalan mandi bunga, daun, susu yang banyak dibuat oleh bakal bakal pengantin dan terapi aura warna bunga oleh spa spa kecantikan.

8. Amalan bacaan ayat dari surah yusuf dan taha yang dipelajari daripada blog , tv dan ceramah untuk khasiat menaikan seri muka dan seri wajah.

Rata-rata ramai orang yang mempunyai ilmu seri muka tanpa mereka sedar yang mereka ada ilmu ini. Kesan kepada mereka amat banyak. Gelisah dan sering kusut didalam hati. Ilmu ini juga mendatang banyak masalah terutama bab maksiat disebabkan sesiapa yang mempunyai ilmu ini akan cenderung untuk melakukan maksiat dan menarik yang disekeliling mereka melakukan maksiat or benda tak elok pada diri mereka.

Berbuatlah sesuatu tanpa kita mensyirikkan Allah.

Untuk mendapatkan produk Kasturi Bidara, sila KLIK Di Sini atau WhatsApp 011-12762166

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1
Sila KLIK Logo Di Bawah Untuk Sebarang Pertanyaan & Maklumat Lanjut Berkaitan Produk Kasturi Bidara.
Powered by